2020 - Kembali setelah menyepi sejak 2014





Mesin ni nyawalah kot. Mungkin sebab minat dah ada dalam bidang jahitan. Jadi bidang menyulam ni pun kategori yang jenis yang sama maka agakmudah untuk bonda belajar benda yang baru....  Sekarang ni dah jadi nyawa bonda setakat ni. kalau tak dengar mesin sulam... rindu tuh lain macam sket. Siapa sangka.... asalnya nak jual akhirnya diri sendiri juga yang pakai. Beli mahal2 tapi nak jual rugi sebenarnya tapi daripada membazir baik jual walau murah walau guna pun boleh kira. Asal nak jual semula sebab selalu ada kekangan. Yelah... dah 4 tahun duk bertapa kat stor. Mesin sulam ni, mesin menggunakan elekrik dan sensetif kalau tak guna lama ia boleh mengakibatkan rosak atau jem.

Mesin sulam ni bonda beli dengan singer. tujuan asal beli , bonda pun dah lupa. mungkin sebab berkenan tengok kat kedai... tambah pula bonda suka tengok hasil sulam. yang paling penting sebab boleh bayar kali. kalau tak silap 2012 kut tarikh lahir mesin sulam kesayangan ni. Bonda start betul2 menyulam masa bonda jadi ketua kelab guru. Bonda jadikan hadiah tuala sulam sebagai hadiah bedsday guru2. kata orang menyelam sambil minum air, tapi bonda ambil harga murah giler. Sebab bonda buat suka2 untuk kawan2. in shaa allah ada masa nanti bonda update hasil sulam. itulah last bonda terima tempahan 2014, masa tuh bonda dah start alahan mengandungkan si Auf. Jadi ingat nak stop sekejap... tup2 baru je nak meyulam semula selepas si Auf dah besar, mengandungkan plak si Abdurrahman 2016. Masa ni dah give up dah tapi sebab skali dah menyulam sronok tuh lain macam. jadi hold sekejap nak bagi Abdurrahman besar. akhir 2018.

Bonda ingat lagi bulan November bonda wasap si Bob Singer minta dia tengokkan mesin sulam bonda. maklumlah dah lama tak bergerak. semangat dah berkobar2. Bob minta tempoh 2 minggu untuk tilik apa masalahnya, masuk bengkel. hanguslah dalam 300 ratus kalau tak silap. takpalah janji boleh menyulam semula. sayang kalau dah beli tapi tak guna.Tengah November... bonda dah start try guna semula. nak panaskan engin maklumlah dah lama tak guna. ingat2 lupa dah cara menyulam. bukan senang nak belajar menyulam. berapa lama nak jadikan mahir dan berapa banyak kain yang rosak. dua minggu jugalah bonda godek2 mesin sulam kesayangan. Tup2 rasa macam tak sedap badan... cek. double line. Ingatkan si Abdurrahman yang bongsu rupanya Abdurrahman bakal adik baru.

Masa ni bonda dah nekad. juallah mesin. jual lagi sekali dengan harga yang murah gila. suami tolong promote kat mudah.com. tapi tulah bila tengok mesin sebak jer. benda sayang nak jual, mana tak sebak. Untung sebenarnya siapa yang beli sebab bonda jual semua sekali termasuk hoop yang bonda beli tambahan serta benda 1 kotak benang sulam yang pelbagai warna, bahan2 menyulam yang lain. jarum... mahunya kos bahan2 sahaja pun dah 500 ratus. adalah 2 3 orang tanya... lepas tuh senyap macam tuh jer. Rupanya... inilah hikmah yang besar disebalik mesin sulam tak terjual. Disebabkan rasa sayang... disebabkan risau mesin rosak, mesin sulam ni ikut kata Bob singer sensetif kalau boleh kena belai selalu. paling kurang 2 minggu sekali kena menyulam bagi mengelakkan barang elektrik dalamnya jem. Sebenarnya disinilah bermulalah kisah blog mesin jahit tua bonda. kalau boleh bonda nak share semua berkenaan mesin jahit tua (singerfuturaXL400).

No comments:

Post a Comment